handsome VS tak hendsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
      meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

love...

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan...
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
                                                                                                         Hasil tulisan ku: Ajim

Cinta&Single

Kepada yg masih SINGLE... Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apab...ila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.   Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN... Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.   Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.   Kepada yg PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.   Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.   Kepada yg ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.   Kepada yg takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.   Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI... Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.   Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.....   p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...dan cintailah dia namun jangan membatasi cintamu kepada Allah swt.
                                                                                                           Hasil tulisan ku: Ajim

MIMPI DI ALAM GHAIB

                     

     ``ANAKKU,INI HAKMU,AMBILLAH.SEORNG TUA CUBA MENGHULURKAN  SEBUAH  BUNGKUSAN
NAMUN ZARUL MASIH TERAGAK-AGAK SELAIN RASA TAKUT YANG MENGUASAI DIRINYA.APA YANG ADA DALAM FIKIRANNYA IALAH BAGAIMANA MAHU MELARIKAN DIRI DARI ORANG TUA BERJUBAH PUTIH  ITU.NAMUN  BUNGKUSAN ITU  SUDAH ADA  DI DEPAN  MATANYA,KETIKA MAHU MELARIKAN DIRI  ITULAH JUGA DIA TERJAGA DARI TIDURNYA.

``Astagfirullahalazim! Zarul duduk termanggu.Terasa peluh mengalir di dahinya.Matanya tepat merenung ke bingkai jam di depan mata.Pukul tiga pagi!Masuk malam ni,sudah tiga malam berturut-turut dia mimpi seorang tua menghulurkan bungkusan kepadanya.Setiap kali terjaga dari tidur,angka 3 itulah yang tertancap di matanya.
     Pelik dia memikirkan mimpi dialaminya,namun dia juga tidak tahu siapa yang mampu mentafsirkan mimpi tersebut.Hendak merujuk kepada kedua orang tuanya,hanya ibu saja yang tinggal ,itu pun sudah uzur dan selama itulah zarul bekerja keras mencari rezeki bagi membolehkan ibunya mendapat rawatan di hospital.
     Namunmimpi dialami mula reda dan zarul beranggapan ,ia hanya mainan tidur.Ini kerana seminggu lamanya,tidurnya seperti biasa,tiada lagi diganggu oleh orang tua yang menghulurkan sebuah bungkusan.
     Seperti biasa di hujung minggu,zarul gemar berjoing di Hutan Pendidikan Bukit Gasing  yang terletak di  daerah petaling Jaya.Disebabkan saban minggu dia ke sini,jadi dia sudah terbiasa dengan suasana kawasan  rekreasi itu.Zarul gemar  melihat flora dan fauna yang terdapat di hutan ini.Tambahan pula  di sini ada sebuah menara tinjau yang membolehkan pengunjung melihat panorama bandar Petaling Jaya yang sangat membangun.Malah di Bukit Gasing inilah  juga satu-satunya kawasan hijau yang masih ada.
     Puas juga dia mengeliling kawasan Bukit Gasing itu,peluh mereneh  keluar membasahi baju dipakainya.Setelah penat “hiking”dan berjoing,zarul duduk sebentar namun remang petang membuatkan suasana di situ bergitu nyaman.Entah bagaimana zarul tertidur di situ.Sangat nyenyak dia tertidur,seolah-olah dipukau dan tiada siapa mengejutkannya.Takkala berjaga,suasana sangat gelab dan sunyi.Zarul cuba melangkah  tetapi kakinya bagaikan dipaku.Terlalu berat untuk melangkah.Sewaktu mamandang  jam  tangan  milikinya,jam tepat 12.00 tengah malam.Udara sekeliling sangat sejuk.Puas zarul mengepit tangannya bagi menahan kesejukkan namun kesejukkan malam itu luar biasa sekali.
     Entah bagaimana,dalam dia terfikir-fikir bagaimana mahu keluar dari Bukit Gasing itu,tiba-tiba kakinya bagaikan digerakkan mengikut satu lorong menuju ke puncak bukit itu.Semakin lama semakin curam dan hinggalah dia tiba di satu kawasan perkuburan lama.
     Zarul mahu berlari dan berpatah balik namun kakinya  bagaikan terus di hala ke kawasan perkuburan itu juga.”Kenapa aku dibawa ke sini.Bagaimana mahu pulang ke rumah,”itulah perkara yang berlegar-legar di kepala zarul saat itu.Seolah-olah bagaikan dipukau sekali lagi,zarul duduk bersila di salah sebuah kubur  yang agak besar dan panjang di kawasan itu.
     Bau  wangi haruman kasturi bagaikan mengelilingi kawasan perkuburan ini.Tiada yang menakutkan kerana kawasan perkuburan bagaikan dijaga,sangat bersih dan tiada rumput-rumput yang tumbuh meliar di kubur didudukkinya itu.Kemudian,tanpa disuruh mulutnya bagaikan tergerak membacakan surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali untuk disedekahkan kepada si arwah.
     Selasai membaca surah al-fatihah,barulah jiwa zarul agak tenang.Rasa takut yang menyelubungi dirinya tadi kini digantikan dengan ketenangan yang amat sangat.Pantas mulutnya membaca beberapa surah untuk disedekahkan  kepada arwah,kubur tempatnya  duduk sekarang ini.Namun ketenangannya bagaikan terhenti tahkala tiba-tiba,dia dibayangi mimpi seorang tua yang menyuruhnya menyeluk di bahagian kepala kubur yang berlubang itu.
     Mulanya rasa takut menyelubungi diri zarul namun desakan suara dari orang tua itu,akhirnya membuatkan dia berasa akur.”Itu hakmu,kamulah orang yang paling layak memegang warisan keluarga kita ini,”demikian balas orang tua itu kepada zarul si saat anak muda itu ligat dengan seribu tanda tanya.Tak usah takut anakku,harta yang bakal kau ambil itu  akan mampu menolong orang lain di kemudian hari kelak,”balas orang berjubah putih itu lagi.
     Tatkala itu,tanagan zarul sudah mula menyeluk di bahagian kepala kubur yang berlubang itu.Tiba-tiba tangannya dapat menangkap sesuatu seperti besi.Saat tangannya dinaikkkan ke atas,di tangannya asa sebilah keris kecil.Serentak itu juga,orang tua berjubah putih itu berkata”gunakanlah ia untuk membantu orang lain..”dan orang tua itu terus hilang dari pandangan matanya.
     Mata zarul terus tertancap pada keris kecil itu.Dia merenungnya dan terus membalutnya dengan baju yang ada di dalam beg sandangnya.Ketika itu jugalah,kakinya dapat bebas melangkah  menuruni Bukit Gasing itu dan pulang ke rumah.Bukan mahu mempercayai azimat keris kecil itu tetapi semenjak memperolehnya,ada saja jiran-jiran yang datang meminta bantuannya seperti anak menangis malam,keteguran dan sebagainya.Malah emaknya yang sakit sejak sekian lama juga semakin sembuh berkat bacaan ayat-ayat Quran yang dibacanya.
                                                                                                      Hasil tulisan ku: Ajim

Sebuah kisah tentang seorang Gadis Buta...

Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri karena kebutaannya itu.
Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.
Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya.
Dia berkata akan menikahi kekasihnya hanya jika dia bisa melihat dunia.
Suatu hari, ada seseorang yang mendonorkan sepasang mata kepadanya
sehingga dia bisa melihat semua hal, termasuk kekasihnya.
Kekasihnya bertanya, "Sekarang kamu bisa melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?"
Gadis itu terguncang saat melihat bahwa kekasihnya ternyata buta.
Dia menolak untuk menikah dengannya. Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir,
dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu, yang bertuliskan "Sayangku, tolong jaga baik-baik mata ku..."

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah.
Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih karena telah menyertai dan menopang bahkan di saat yang paling menyakitkan. Dan hal seperti ini lah yang sering kita jumpai dalam kehidupan kita saat ini. Kita sering kali melupakan bahwa kadang orang-orang yang kita anggap tidak pantas untuk di samakan dengan kita adalah orang yang bisa dan selalu bersedia kapan pun kita membutuhkan pertolongan. Maka akankan kita akan selalu menjadi orang yang tidak bisa menerima segala perbedaan dengan kelapangan hati kita ?

cinta aku

Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.Kau umpama sekuntum mawar,  cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga...
                                                                                                                                  Hasil tulisan ku: Ajim
Senyumanmu
Aku terbayang akan manisnya senyumanmu
Seakan hanya aku yang menikmatinya
Namun aku hanya bisa merindu
Akankah cintaku terdampar disuatu pulau ?
Terbawa hanyut bersama gelombang kasmaran
Dan berlabuh di pantai asmara

Tetapi aku sangat yakin
Disana kita khan bercinta
Memadu kasih
Bercerita tentang hari esok
Khan kubiarkan semilir angin membelai tubuhku
Hingga aku tertidur dalam sandaran pelukmu
Namun mengapa suara ombak membangunkanku
Saat mimpiku menerawang angkasa
Menjelajahi ruang-ruang khayalan

Tuhan, mengapa aku ini ?
Terlalu menikmati senyuman itu
Apakah aku telah menduakan cintaku dari-Mu
Sampai hatiku bergetar menahan rasa
Namun kini khan kubiarkan semua berlalu
Terhempas terbawa arus
Ke suatu negeri nun jauh disana
                                   Hasil tulisan ku: Ajim