MIMPI DI ALAM GHAIB

                     

     ``ANAKKU,INI HAKMU,AMBILLAH.SEORNG TUA CUBA MENGHULURKAN  SEBUAH  BUNGKUSAN
NAMUN ZARUL MASIH TERAGAK-AGAK SELAIN RASA TAKUT YANG MENGUASAI DIRINYA.APA YANG ADA DALAM FIKIRANNYA IALAH BAGAIMANA MAHU MELARIKAN DIRI DARI ORANG TUA BERJUBAH PUTIH  ITU.NAMUN  BUNGKUSAN ITU  SUDAH ADA  DI DEPAN  MATANYA,KETIKA MAHU MELARIKAN DIRI  ITULAH JUGA DIA TERJAGA DARI TIDURNYA.

``Astagfirullahalazim! Zarul duduk termanggu.Terasa peluh mengalir di dahinya.Matanya tepat merenung ke bingkai jam di depan mata.Pukul tiga pagi!Masuk malam ni,sudah tiga malam berturut-turut dia mimpi seorang tua menghulurkan bungkusan kepadanya.Setiap kali terjaga dari tidur,angka 3 itulah yang tertancap di matanya.
     Pelik dia memikirkan mimpi dialaminya,namun dia juga tidak tahu siapa yang mampu mentafsirkan mimpi tersebut.Hendak merujuk kepada kedua orang tuanya,hanya ibu saja yang tinggal ,itu pun sudah uzur dan selama itulah zarul bekerja keras mencari rezeki bagi membolehkan ibunya mendapat rawatan di hospital.
     Namunmimpi dialami mula reda dan zarul beranggapan ,ia hanya mainan tidur.Ini kerana seminggu lamanya,tidurnya seperti biasa,tiada lagi diganggu oleh orang tua yang menghulurkan sebuah bungkusan.
     Seperti biasa di hujung minggu,zarul gemar berjoing di Hutan Pendidikan Bukit Gasing  yang terletak di  daerah petaling Jaya.Disebabkan saban minggu dia ke sini,jadi dia sudah terbiasa dengan suasana kawasan  rekreasi itu.Zarul gemar  melihat flora dan fauna yang terdapat di hutan ini.Tambahan pula  di sini ada sebuah menara tinjau yang membolehkan pengunjung melihat panorama bandar Petaling Jaya yang sangat membangun.Malah di Bukit Gasing inilah  juga satu-satunya kawasan hijau yang masih ada.
     Puas juga dia mengeliling kawasan Bukit Gasing itu,peluh mereneh  keluar membasahi baju dipakainya.Setelah penat “hiking”dan berjoing,zarul duduk sebentar namun remang petang membuatkan suasana di situ bergitu nyaman.Entah bagaimana zarul tertidur di situ.Sangat nyenyak dia tertidur,seolah-olah dipukau dan tiada siapa mengejutkannya.Takkala berjaga,suasana sangat gelab dan sunyi.Zarul cuba melangkah  tetapi kakinya bagaikan dipaku.Terlalu berat untuk melangkah.Sewaktu mamandang  jam  tangan  milikinya,jam tepat 12.00 tengah malam.Udara sekeliling sangat sejuk.Puas zarul mengepit tangannya bagi menahan kesejukkan namun kesejukkan malam itu luar biasa sekali.
     Entah bagaimana,dalam dia terfikir-fikir bagaimana mahu keluar dari Bukit Gasing itu,tiba-tiba kakinya bagaikan digerakkan mengikut satu lorong menuju ke puncak bukit itu.Semakin lama semakin curam dan hinggalah dia tiba di satu kawasan perkuburan lama.
     Zarul mahu berlari dan berpatah balik namun kakinya  bagaikan terus di hala ke kawasan perkuburan itu juga.”Kenapa aku dibawa ke sini.Bagaimana mahu pulang ke rumah,”itulah perkara yang berlegar-legar di kepala zarul saat itu.Seolah-olah bagaikan dipukau sekali lagi,zarul duduk bersila di salah sebuah kubur  yang agak besar dan panjang di kawasan itu.
     Bau  wangi haruman kasturi bagaikan mengelilingi kawasan perkuburan ini.Tiada yang menakutkan kerana kawasan perkuburan bagaikan dijaga,sangat bersih dan tiada rumput-rumput yang tumbuh meliar di kubur didudukkinya itu.Kemudian,tanpa disuruh mulutnya bagaikan tergerak membacakan surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali untuk disedekahkan kepada si arwah.
     Selasai membaca surah al-fatihah,barulah jiwa zarul agak tenang.Rasa takut yang menyelubungi dirinya tadi kini digantikan dengan ketenangan yang amat sangat.Pantas mulutnya membaca beberapa surah untuk disedekahkan  kepada arwah,kubur tempatnya  duduk sekarang ini.Namun ketenangannya bagaikan terhenti tahkala tiba-tiba,dia dibayangi mimpi seorang tua yang menyuruhnya menyeluk di bahagian kepala kubur yang berlubang itu.
     Mulanya rasa takut menyelubungi diri zarul namun desakan suara dari orang tua itu,akhirnya membuatkan dia berasa akur.”Itu hakmu,kamulah orang yang paling layak memegang warisan keluarga kita ini,”demikian balas orang tua itu kepada zarul si saat anak muda itu ligat dengan seribu tanda tanya.Tak usah takut anakku,harta yang bakal kau ambil itu  akan mampu menolong orang lain di kemudian hari kelak,”balas orang berjubah putih itu lagi.
     Tatkala itu,tanagan zarul sudah mula menyeluk di bahagian kepala kubur yang berlubang itu.Tiba-tiba tangannya dapat menangkap sesuatu seperti besi.Saat tangannya dinaikkkan ke atas,di tangannya asa sebilah keris kecil.Serentak itu juga,orang tua berjubah putih itu berkata”gunakanlah ia untuk membantu orang lain..”dan orang tua itu terus hilang dari pandangan matanya.
     Mata zarul terus tertancap pada keris kecil itu.Dia merenungnya dan terus membalutnya dengan baju yang ada di dalam beg sandangnya.Ketika itu jugalah,kakinya dapat bebas melangkah  menuruni Bukit Gasing itu dan pulang ke rumah.Bukan mahu mempercayai azimat keris kecil itu tetapi semenjak memperolehnya,ada saja jiran-jiran yang datang meminta bantuannya seperti anak menangis malam,keteguran dan sebagainya.Malah emaknya yang sakit sejak sekian lama juga semakin sembuh berkat bacaan ayat-ayat Quran yang dibacanya.
                                                                                                      Hasil tulisan ku: Ajim